Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT ke muka bumi ini.
Baginda bukan sahaja sibuk dengan tugas utamanya iaitu menyampaikan ajaran Islam daripada Allah kepada umat manusia, malah memiliki sifat-sifat terpuji atau sifat Rabbaniah (ketuhanan dalam diri). Ini kerana baginda bukan setakat menghubungkan diri dengan Allah (Hablun Minallah) dalam segenap urusan serta tindakannya, malah tidak lupa juga menghubungkan diri dengan manusia sekeliling terutama umatnya (Hablun Minan Nas).
Setiap apa yang diungkapkan oleh baginda, sama ada berupa berita gembira atau berita yang mengancam mereka di akhirat, baginda sentiasa memikirkan agar umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT berupa pahala dan ganjaran yang membolehkan mereka layak memasuki syurga Allah.
Ganjaran setahun dengan amalan puasa enam
Begitulah halnya dengan puasa enam di bulan Syawal, baginda mahukan dari umatnya agar sentiasa peka dalam menambahkan koleksi pahala selepas puasa sebulan Ramadan, kerana bulan yang mulia ini adalah latihan untuk dibuktikan selepas ia melabuhkan tirainya.
Berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal di ketika ramai orang berseronok menjamah makanan yang lazat-lazat, memperlihatkan seseorang itu mengharapkan pahala satu tahun berpuasa, ini kerana dalam kalender Islam hanya tercatat 355 hari berbanding bulan Masehi 365.
Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa Ramadan, setiap hari diganjari dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam hari di bulan Syawal, ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala berpuasa.
Perkara ini disandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa di bulan Ramadan dan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun." (Riwayat Muslim dan Imam Ahmad).
Inilah yang dikatakan ingatan Nabi terhadap umatnya, begitulah juga dengan peringkat awal kefarduan solat pada malam Mi’raj ke langit, Nabi kenangkan umatnya yang tidak akan mampu untuk melaksanakan 50 waktu sembahyang hingga bermohon ke hadrat Allah agar dikurangkan hingga menjadi lima waktu sahaja. Itu pun ada di kalangan umat Islam yang tidak melakukan solat fardu lima waktu.
Izin suami penting untuk puasa enam
Walaupun dijanjikan pahala setahun dengan melaksanakan puasa enam Syawal, seorang isteri perlu mendapatkan izin suaminya terlebih dahulu, kerana puasa enam tersebut adalah sunnat, sedangkan mentaati suami yang berkeinginan adalah wajib diutamakan, melainkan suami reda dengan pelaksanaan puasa tersebut.
Apatah lagi jika seorang isteri yang tertinggal puasa Ramadan kerana uzur syar’ie, dia digalakkan untuk mengqada’nya pada bulan Syawal diniatkan untuk qada’ puasa di samping ibadat puasa sunat pada masa yang sama, insya-Allah dengan cara itu dia tidak akan terlepas untuk mendapatkan pahala setahun berpuasa.
Bagaimana dengan sikap kita terhadap baginda Rasulullah?
Kalau disebutkan di atas tadi bahawa, baginda sering mengenang dan mengingatkan umatnya dalam segenap tindakannya, bagaimana pula dengan diri kita yang serba kurang dan kerdil bila berhadapan dengan Allah SWT.
Apakah setiap tindakan, perbuatan, kenyataan, perakuan yang terbit dari diri lidah kita yang tidak bertulang itu memperlihatkan kita benar-benar mengenang dan mengingati Nabi ajaran Muhammad s.a.w.
Benarkah kita mengingati Nabi ketika membuat keputusan mesyuarat tidak sedikit pun menyingung peribadi atau ajaran baginda.
Dalam banyak masalah yang dihadapi oleh umat Islam dalam negara kita hari ini termasuk masalah remaja, mereka jarang sekali menyelesaikannya dengan kaedah yang ditunjukkan oleh baginda menerusi wahyu al-Quran, masalah perzinaan sebagai contoh, bila sabit kesalahan dengan saksi-saksi yang ada, sepatutnya bagi orang yang berzina yang sudah berkahwin direjam sampai mati dan yang belum kahwin disebat, tetapi ajaran Nabi Muhammad ini ditukar kepada undang-undang denda dan penjara.
6 responses so far ↓
1 qisti zahra // Mar 12, 2008 at 8:55 am
Salam FT dan pecinta kebenaran,
‘MABUK’ KEMENANGAN HINGGA LUPA PERANAN DOA
13 Mei, 1969. Pembangkang mabuk kemenangan. UMNO mabuk kekalahan. Merusuh tak tentu hala. Rakyat menderita. Sampai sekarang ceritasebenar terus jadi rahsia.
Sehingga 11 Mac 2008, banyak analisa PRU 12. FT pun buat analisa. 16 ulasan diposkan dalam entri. Buka tranungkite. Pun sama. Rupanya penyokong pembangkang ramai yang dah ‘mabuk’ kemenangan.
Kenapa kata begitu?
Mereka lupa peranan DOA. Hanya satu artikel di Harakahdaily yang menyiarkan amalan Quran. TG Nik Aziz betul-betul amalkan Surah An-Nasr, Ayat 3:-
[Bila menang], bertasbihlah engkau memuji TUHANmu dan berDOAlah minta ampun kepadaNYA.
Tapi ramai penyokong-penyokong pembangkang tidakpun mengakui DOA atau DOA TG Nik Aziz sebagai faktor utama kekalahan BN dan sebsb rakyat tolak BN. BN lagilah jelas ‘mabuk’ kekalahan. Langsung tak de komen yang mereka kurang berDOA.
Yang sedihnya, FT pun tak memberi ‘credit’ kepada DOA sebagai faktor kemenangan BA. Agaknya FT lupa analisa ulama’ dan pakar-pakar politik dan sosiologi mengenai ‘Revolusi Islam’ di Iran.
1979. Mereka bersepakat menyatakan kemenangan ‘Revolusi Islam’ adakah kerana 3 faktor utama:-
1. Keimanan yang kuat;
2. Perpaduan rakyat-ummah; dan
3. Kepimpinan Imam Khomeini (ulama’).
Faktor (1) dan (3) di atas tidak boleh tidak mesti dikaitkan dengan amalan DOA rakyat Iran yang bertradisikan DOA dan munajat. Mereka selalu membaca kitab-kitab DOA berikut secara bersendiri dan beramai-ramai:-
1. Sahifah Sajjadiyah oleh Imam Ali Zainal Abidin;
2. Sahifah Fatimiyah oleh Fatimah Az-Zahra’ ra;
3. Mafatihul Jinan, antologi DOA oleh Sheikh Abbas Al-Qummi.
Faktor (2) juga dikaitkan dengan DOA dan munajat. Antaranya, Yahudi dan Zoroaster turut berDOA dan bermunajat memohon kemenangan Imam Khomeini. Kalau kita merujuk komen kepada berita TG Nik Aziz menitiskan air mata dalam munajatnya dalam Malaysia Today, baik Islam mahupun bukan-Muslim, mereka cukup tersentuh, lalu berdoa untuk perjuangan TG. Orang India kata,”Kita percaya kepada PAS sebab PAS percaya kepada TUHAN. Kita tak percaya kepada BN sebab BN berlagak macam TUHAN.”
Kemenangan Hizbullah ke atas Israel juga atas 3 faktor di atas. Saya hairan bagaimana FT boleh kata dasar PAS bukan sangat mendapat sokongan, lalu mengkreditkan Anwar. Jangan lupa pada awal 80an, Anwar dah mula melanyak PAS. Anwar berkokok isu kafir-mengkafir. Tapi PAS tak mati pun. Anwar terus lanyak PAS. Tapi 1990, PAS dapat tumbangkan pengaruh Anwar yang berkokok keliling kampung di Kelantan nak hancurkan Gagasan Rakyat PAS atau Angkatan Perpaduan Ummah. Pas tetap menang di Kelantan tanpa bantuan Anwar pun. Malah ketika itu Anwar ganyang PAS macam dia ganyang BN sekarang.
Anwar terus ganyang PAS sampai 1998. Tapi PAS terus menang di Kelantan. Ini bukti bahawa dasar PAS adalah tonggak perjuangan rakyat dan ummah. Hiaslah masjid seindah kristal Nabi Sulaiman, tapi jika tiada jemaah solat dan ulama yang memimpin yang menjadi tonggaknya, masjid jadi tempat tentera USA tidur dan melepak. Jihadlah banyak-banyak, tapi kalau tak sembahyang samalah kita dengan tentera musuh. Dalam berperang pun kena sembahyang dan berDOA. (An-Nisa’, Ayat 101-103 )
Nak bagi ‘credit’ kepada Anwar, bagilah. Tapi jangan sampai ‘mabuk’ kemenangan sehingga tak nampak ‘the tree in the wood’. Asasnya ialah ruh dan keimanan. Bukankah TUHAN utamakan niat yang suci dari amalan luaran. Maknanya ruh yang berdoa lebih diutamakan dari amalan hebat seorang munafiq.
Kalau kita salahkan Shahrizat Jalil sebab berdiam diri dengan kezaliman, kita kena kenang bisunya Anwar ketika dia berkuasa dalam kezaliman berikut:-
1) Ahmad Lutfi, ketua pengarang Harakah yang dihentikan pengajiannya di UTM;
2)Idris Ahmad,calon PAS yang lawan Mukhriz Mahathir di Jerlun, dihalang bertanding di UKM; dan
3)Pakcik Mat Sabu ditahan ISA. 2 kali pulak tu.
Banyak lagi catatan sejarah mengenai bisunya Anwar kepada kezaliman ketika Anwar bertahta di singgahsana.
Kalau Pak Lah terus didesak. Anwar pula terus berkokok minta ditabal menjadi PM. Mungkin Kepada Taik (istilah Prof Shahnon dalam SHIT) jadi balik PM. Dalam wawancara dia kata,”tak kan nak aktif balik dalam politik kalau orang layan saya macam pariah”. Tapi kalau seorang demi seorang melutut depan dia, Pak Lah pulak tolong cuci kereta dia, Kepala Taik boleh jadi kembali jadi PM. Teruklah kita. Anwar pun masa bercerai dengan PAS pun dikatakan kerana salah seorang bekas PM tolong cuci kereta dia. Anwar pun 2 x 5 dengan Kepala Taik. Tiga-tiga pun adalah P…M..(istilah Prof Shahnon).
Imam Khomeini hanya dikenal mulanya di Qom. Kemudian mengambang di langit Tehran walau berada di Paris.
TG Nik Aziz pun mulanya di Pulau Melaka je. Kemudian mengambang di Kelantan. Kenapa kita nak menghalang sinarnya menyinari di seluruh Semenanjung Emas (Jawi) dengan harapan dan analisa kita yang tak ‘confident’ dengan kepimpinan Pewaris Nabi?
Ingatlah banyak-banyak! Tuhan berfirman dalam Ayat terakhir (77) Surah Al-Furqan:
“Katakanlah:Jika tidak kerana DOA kamu, TUHANku tak kan pedulikan kamu. Kamu mendustakan [atau tak ‘confident’ dengan firman TUHAN]. Sebab itulah kamu akan ditimpa bencana.”
Malahan Imam Jaafar menngatakan DOA lebih utama dari tilawah Al-Quran dengan berdalilkan ayat di atas.
Bukankah TUHAN dah kata:
“Jika engkau belanjakan semua yang ada di bumi, engkau tak kan menawan hati mereka. Tetapi ALLAHlah yang menawan hati mereka agar mengasihi kamu.” (Al-Anfal, Ayat 63)
Bagaimana ALLAH berkehendak untuk mengubah hati rakyat? Tak lain, dengan DOA orang-orang yang mengingati-Nya dan menitiskan air mata tatkala munajat di malam hari. Ingatlah apa yang berlaku di malam Jumaat di stadium Kota Bharu.
Mabuk kemenangan 1969 membawa rusuhan. ‘Mabuk’ kemenangan 2008 boleh membawa rusuhan. Rusuhan dalam fikiran hingga tak tahu puncanya. Sebab lupa pentingnya DOA. Masa susah berDOA. Bila senang, syirikkan TUHAN dengan usaha sendiri dan pengaruh Anwar. Bilakah Tauhid murni akan kembali? Agar Bulan Mengambang adalah juga Mentari. Seperti Muhammad, Sang Nabi. Anta Syamsun Anta Badrun, Anta Nurun Fauqa Nuri.
Dialah Nuril Anwar. Tapi dia bukan Anwar Ibrahim, walau dia adalah anak keturunan Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim, anak orang miskin. Pak Ibrahim ‘taukeh’ IOI Puchong. Takkan sama Pewaris Nabi yang hidup sederhana di Pulau Melaka dengan Anak Pak Brahim di banglo Bukit Damansara. Sunnah TUHAN takkan berubah. Nik Aziz Bin Nikmatullah.
Salawat.
2 Nik Ram Zaedi // Jul 2, 2008 at 7:45 pm
Syukor kehadrat ilahi
Berkat pemberian Mu,
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya zaljalali..
Kita berdoa mudah2an
Ianya bisa berkekalan
Hingga ke akhir hayat
Insya’allah.
Ingat Allah,
Ingat Tuhan,
“Takbir”
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
3 Serikandi Umar // Jul 31, 2008 at 9:29 am
salam tok guru,nak minta pendapat tok guru tentang syariah law.
4 OmDicky // Aug 4, 2008 at 5:30 am
Kebenaran kan tetap bersinar meskipun ianya amat dibenci…gimana kayaknya hilang kegelapan malam pabila sang suria menjelma…menerangi alam semesta…!!!
5 hasyira hamzah // Oct 7, 2008 at 7:16 pm
Semoga chat sokmo…
membangun bersama ISLAM…
6 hasyira hamzah // Oct 7, 2008 at 7:16 pm
Membangun bersama ISLAM
Leave a Comment